Konvensyen Super Parents~ Cool & Ohsem :)

Salam alaik,

Masih cuba untuk menyusun kata, agar yang di tulis nanti elok pada pandangan pembaca. Moga setiap yang di titipkan nanti, menjadi saham untuk saya di akhirat sana. InsyaAllah. Sudah seminggu Konvensyen Super Parents (KSP) berlalu namun di grup volunteer KSP masih panas seperti tak akan suram dek gurau senda sahabat baru saya. Alhamdulillah, hebat jika ukhwah kerana Allah Taala.

Keluar dari kotak biasa sebenarnya adalah perkara terakhir yang saya mahu lakukan, tetapi Allah menggerakkan hati saya untuk menghantar resume menjadi volunteer iluvislam.com. Alhamdulillah di terima. Kelakar, pertama kali mencuba, saya di letakkan di tempat yang agak tinggi. Lebih lebih lagi otak saya kosong dengan pengalaman mengendalikan program yang agak besar. Paling akhir saya kendalikan program yang besar ketika berumur 18 tahun. Program bersama dengan kerajaan Kelantan. Itupun jadi orang orang biasa sahaja. Maka hati saya sentiasa berdebar sepanjang masa.

Segar di ingatan bagaimana kalutnya saya, ke hulu hilir bermesyuarat sehingga meninggalkan semua urusan biasa  yang sering saya lakukan semata-mata mahu program bersama iluvislam ini berjalan lancar. Maklumlah, kali pertama. Banyak juga perkara berlaku dek kerana kekalutan saya. Jatuh motor kali pertama dan kehilangan dompet kecil berwarna pink sebenarnya menyebabkan saya agak trauma, kekurangan diri. Kalau kalut, apa pun tak boleh buat. Selagi tarikh program belum menjelma, selagi tu hidup saya dalam kekalutan. Kelakar. :p

~~~

Hari di nanti tiba, seperti menanti hari perkahwinan pula. Berangan lebih! :p

Tidak di sangka, pertemuan empat mata dengan semua para sukarelawan sebenarnya sangat indah. Kelebihan diri, ramah tak kira tempat. Alhamdulillah, mungkin separuh dari sukarelawan saya kenali dan semua sukarelawan mengenali saya. Haahahah, riak. Astaghfirullah. Terima kasih kerana dalam ‘keterpaksaan’ menghadapi situasi di luar kotak, saya akhirnya redha dengan ketentuanNya. Pertemuan manis di antara kita menutup segala cacat cela program. Apa yang cacatnya? Banyak, semuanya kerana kekurangan diri saya sebagai insan. Pelbagai kenangan manis, kelakar, perit dan sedih tercipta. Semuanya saya cantum menjadi sekeping gambar lalu di bingkaikan. Menariknya kehidupan yang sementara ini. :)

Alhamdulillah, dalam diri tidak terkejar, sempat saya berbual mesra dengan Ustazah Fatimah Syarha, bercerita bagaimana mahu menjadi muslimah yang hebat untuk anak yang hebat nanti. Semuanya bermula dengan agama. Baiknya agama seseorang, maka baiklah anak anak nanti. Gunalah pelbagai method sekalipun, jika agama di tinggalkan, anak yang hebat suatu hari nanti akan di rosak. Nauzubillah. Betapa kagumnya saya melihat anak Ustazah Fatimah yang diam bermain tanpa menganggu uminya yang sedang khusyuk menelaah seperti memahami uminya dalam kesibukan.

Berlawan cakap dengan anak anak Coach Sha rupanya mencetuskan rasa lucu. Musa, baru berumur 9 tahun (kalau tak silap) bila di tanya bila besar mahu jadi apa? Jawabnya dengan penuh yakin mahu menjadi inveter, mencipta sesuatu yang tiada lagi di dunia. Lalu saya memanjangkan pertanyaan, mahu reka apa? Dia terus berfikir dan berfikir, walaupun tiada jawapan yang keluar tapi saya sedikit rasa kagum bila dia tidak mengelak untuk menjawab pertanyaan saya. Itu baru Musa, belum lagi Muhammad dan Maisara. Anak- anak Coach Sha bila di tanya pelbagai soalan, dengan matangnya menjawab persis ibu dan abinya di pentas. Alhamdulillah.

Teringin saya nak praktikkan apa yang Puan Maria dan anaknya, Nabila lakukan di rumah. “Syukur Box” Apakah itu syukur box? Syukur box adalah sebuah kotak yang berisi  kertas kecil yang di dalamnya tertulis nikmat pemberian Allah yang harus kita syukuri. Cukup seminggu, kotaknya di buka dan baca kembali semua kertas kecil yang di tulis.Dengan cara ini kita mengingati nikmat yang Allah beri. Menarik kan? Cubalah praktik.

Sebelum mengakhiri entry saya yang biasa ini ingin saya kongsikan kata-kata yang keluar dari salah seorang ahli panel KSP. Saya lupa siapa yang mengeluarkan kata- kata ini. “Kita sekarang berhabis beribu ribu ringggit, berbulan bulan untuk mempersiapkan majlis perkahwinan kita, tapi tak ramai yang berhabis duit dan berhabis masa berbulan bulan mempersiapkan diri untuk menjadi seorang ibu dan bapa yang super.”

Siapa setuju? Siapa yang sangat setuju? :)

 Jika korang sangat setuju, korang memang ohsem :)

p/s: Duduk di kerusi VIP sebenarnya tak best pon~ Sungguh tak tipu :)

Cerita 3: Derma

Salam alaik,

Semalam. Setelah sekian lama da tak menderma darah. Ok ada rezeki, derma darah kt putrajaya, kebetulan ada event kat presint 9. Dan kebetulan aku kat sana jadi aku amik peluang. Ok macam biasalah kalau nak derma darah, kena sarapan. At least nasi lemak. Aku pon sarapanlah nasi putih dengan ketam masak cili. Berkobar kobar ni nak pi derma darah.

Semangat juga sampai kt kaunter derma darah. Isi borang then check darah jenis apa kemudian ke kaunter kedua. Check gula dan tekanan darah. Excited ni, tiba tiba doktor kata tekanan darah rendah dari 100, jadi aku tak boleh derma darah. Lepas tu aku buat muka kesian. Aku rasa aku sihat je. Heee. :p Suh doktor tu check lagi sekali. Hee. Still tak sampai seratus jugak. Check untuk kali ketiga pon sama. Doktor tu pun cakap aku tak boleh derma darah.

Serius kecewa yang amat. Tak sukalah bila excited kemudian kecewa. Huu, mencuba nasib untuk kali keempat. Aku suh doktor check lagi sekali. Doktor tu dah buat muka senyum paksa. Alhamdulillah, untuk kali keempat tekanan darah aku 101. Heew. Ok jom derma darah. :p

Sepanjang derma darah,aku tak pernah pon menghadapi masalah. Cuma sekali je lah pitam depan kedai photostat masa aku derma kat UiAM. Itupun sebab aku pi tipu doktor kata aku dah sarapan. Huuu. Tapi kali ni,kerana kedegilan aku dengan tekanan 101 tu, aku derma juga. So akibatnya, darah asyik berhenti henti. So agak lama lah nak bagi darah tu penuh satu beg plastik comel tu. Serius,rasa sakit kat tangan aku sebab doktor tu usik usik jarum supaya darah mengalir laju. Haihh.

Apapun selamat dah derma darah. Heee :) tempat cucuk tu bengkak gila dan tangan aku still rasa sakit lagi.  So tunggu enam bulab lagi. Jom derma lagi. :)

Cerita 2: King Kong??

Salam alaik,

Sebelum panjang lebar nak bercerita, kepada pembaca diam, terima kasih kerana sudi membaca semua entry entry yang saya tulis ni. :) Korang memang best! Yang  menjadi persoalan, saya ada pembaca diam ke? :p

tengah sibuk pikir ayat nak sambung entry ni, tiba tiba….

(AYAH MASUK BILIK TANYA CAMNE NAK UPLOAD GAMBAR KAT FB)
(MAK MASUK BILIK MINTAK URUT)
(KAKAK AKU PANGGIL PANGGIL CARI MANA MAK AKU)
(KELUAR JAP GI RUANG TAMU CAKAP KAT ABANG IPAR AKU  NAKGI OPIS DIA AHAD NI)
(HANTAR SMS)

BLA… BLA.. BLA.. hilang habis idea aku nak menulis. sabar sabar. :p tetiba guna aku pulak. Haih. Sengal.

(tengah cari mood nak sambung balik entry.. huuuu)

Okey, fine. Lepas hantar sms kemudian sms tu di reply aku terus rasa tak ok tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Menda lain. (Serius hilang mood nak menulis, paksa je semua ni sebab dah lama tak menulis :( )

Nak cerita pasal Kg Kinkong. Haa, korang jangan gelak pula bila dengar nama kampung tu. Nama kampung tu memang Kg Kinkong. Paham jelah stok stok nama kampung orang asli, mestilah pelik dan superb. :p Asal usul nama kampung tersebut, tidaklah dapat aku kenal pasti. Bila di tanya dari mana dapat nama tu, penduduk kampung ketawa je. Aku pon ikot gelak sekali lah. Sebab tak faham. Huh :p

Program kali ni aku tak pergi sorang, (memang tak pernah pergi sorang pon) pastilah ada penemannya. Terima kasih Asyraf, Shakirah dan Jua. Korang memang terhebat, :) Adik adik dari PDS ( Pusat Dakwah Serantau) dan YAK ( Yayasan Al Khalifah) En Shamsul dan Jaa. Terima kasih YAK, lain kali ada program jangan lupa inform saya ya. :p

Serba sikitlah cerita pasal kg Kinkong ni. Kampung ni tak ramai pun penduduknya, dalam lapan sembilan buah je rumah. So imagine sendirilah berapa ramai jumlah penduduknya.  Rata-rata penduduk kampung kerja kat Tanah Rata, jadi tukang jaga kebun sayur. Remaja perempuan mahupun remaja lelaki serta lelaki dewasa kebanyakan bekerja di kebun sayur. Perempuan dewasa kebanyakannya suri rumah sepenuh masa.

Keadaan kampung sangat tenang damai je. Agaknya kalau musim buah kami semua yang pergi ni berkenduri durian lah kot kan. Serius, kalau pergi kampung tu memang rasa macam tak nak balik. Penduduknya sangat ramah dan baik. Senang di bawa bercakap cuma sayang, penduduknya hanya empat lima buah keluarga sahaja yang Islam yang lain belum bersedia mahu memeluk agama Islam. Panjang lebar menulis lupa nak cakap lokasi kampung ni kat mana. Okey, Kg Kinkong ni berada di daerah Pos Brooke berdekatan dengan Kg Jerdip di daerah Gua Musang. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 6 jam dari Kuala Lumpur.

Sukaneka bersama adik adik.

Cak Raya bersama penduduk Kampung

Dalam masa yang singkat tu sempatlah kami buat sedikit game bersama adik adik. Antaranya jalan berganti bawa gelas atas kepala, main bola beracun dan main bola kaki tiga. Semua game ni di incharge oleh Jaa. kami tukang tepuk dan sorak je. :p Pada sebelah malamnya pula, adik adik dari PDS menyampaikan sedikit tazkirah tentang agama Islam kepada penduduk di sana. Selalunya program macam ni kami tidak melakukan banyak aktiviti. Kami lebih menggunakan method ziarah dan bertanya khabar.

Bla bla..

Dalam tak ada mood nak menulis, sebenarnya panjang juga aku taip.  Okeylah memang tak ada mood pon :p (tipu, mood okey dah datang balik da).

Sebenarnya ada cerita lagi selepas tamat program Kg Kinkong tu. Kelakar. Memang ujian jiwa dan emosi tapi aku jadikan ia kenangan yang memang boleh buat aku menangis guling guling. Ada pengajaran untuk aku. Semoga selepas ini, bab bab duit ni kena berhati hati. Moga itu juga kafarah dosa aku (kami). Mujurlah ada sahabat yang memahami. Maka, kegalauan hati berlalu begitu je. So kami semua selamat sampai di Gombak tepat jam dua belas malam. Hee, ala-ala Cinderella pula. :p

Apa ceritanya? Biarlah kami yang merasai sahaja yang tahu. Yang penting, sepanjang ujian tu. We all had fun :)

p/s: Tak pasti gambar ni dari kamera Azhar mahupun Shakirah. Apapun terima kasih. Saya kidnap dari gambar tag saya di facebook. :)

Curhat 3: Doa

Salam alaik,

Hari ni nak bercerita pasal doa. Doa adalah senjata rahsia untuk orang Islam. Setiap hari kita berdoa tanpa sedar dan sedar. Bila kita dapat apa yang kita nak itu maknanya doa kita Allah makbulkan, bila apa yang kita hajati tak dapat tandanya Allah nak kita gigih berusaha dalam berdoa. :)

Allah sentiasa memakbulkan doa saya di saat saya resah dan terlalu memerlukan bantuan. Bantuan datang tanpa saya sangka. Syukur. Saya sentiasa dalam perhatianNya. Saya mungkin minta A tapi Allah taknak bagi A dia bagi B. Tanpa sedar. Pernah rasa atau dapat macam tu?

Contoh, saya minta mahu kahwin awal, tapi Allah bagi adik saya  dulu bertemu jodoh dan sya lihat kegembiraan keluarga saya bersinar. Kegembiraan dan kebahagiaan keluarga saya adalah sebahagian dari kebahagiaan saya. So sebenarnya Allah memakbulkan doa saya supaya sentiasa memberi kebahagiaan kepada keluarga saya. Betul tak?

Indahnua hidup ini kalau kita sentiasa mengharapkan Allah dalam segala gala hal. Kan? Jomlah merasa keindahan ini bersama. Teruskan berdoa. Allah akan makbulkan doa kita. Yakinlah. :)

Terima kasih Allah.

Cerita: Kisah Kampung Semata Mata

Salam alaik,

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Dengan nafasMu yang tidak berbayar, aku masih mampu menikmati keindahan dunia tanpa terbatas meskipun rentetan ujian melamar tanpa di undang. Moga hati menjadi kuat dan tabah. InsyaAllah.

Minggu lepas lepas lepas iaitu persamaan dengab 9 dan 10 Mac aku ke Kg Abu dan Senangkar dengan Ashraf,Feni dan Zahir menaiki encik Angsa yang di pinjam oleh saudara rapat Feni. Tujuan ke sana tak lain adalah menziarahi penduduk kampung. Awal awal memang Ashraf dah bagitahu Tok Batin yabg kitaorang nak ke sana DAN SEBENARNYA kali ni bukan kami je yang pergi, sebuah rombongan bas dari Kedah iaitu pelajar Unikl seramai 26 orang akan mengadakan program selama dua hari di Kg Abu dan Senangkar. Maka selain dari pergi ziarah kami yang naik encik Angsa ni ada tujuan lain lah di sana.. Iaitu menolong adik adik dari Unikl ni buat program dengan penduduk kampung.

Antara program yang berjaya di laksanakan adalah aktiviti kenduri dan modul bersama adik adik Kg Abu dan Senangkar. Banyak aktiviti yang telah di rancang oleh Pengarah Program mereka Saudara Asmae tetapi memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan aktiviti seperti sukaneka dan masuk hutan terpaksa di batalkan.

Pelbagai cabaran di tempuhi anak muda dari Unikl ni, antaranya turun bukit di waktu malam dengan punca cahaya yang terhad serta jalan yang licin dan ketiadaan tempat berteduh memandangkan surau yang biasa di jadikan tempat tidur atapnya bocor. Hujan turun tidak henti henti pada malam ketibaan kami, mujurlah amek Jamilah bermurah hati meminjamkan rumahnya sebagai tempat berehat dan makan.

Kebetulan masa kami ke sana hari tu, penduduk kg Susu jiran kepada kg Abu juga kampung angkat Comrade sedang bergembira memgadakan majlis kenduri kahwin anak Abe Hassan. Arwin nama pengantinnya. Tahniah dari kami anak anak UiaM. Merasalah menepung tawar. Hehe. Kali pertama ni. Ada kisah di Kg Susu pula. Kalau nak tahu teruskan membaca. Heh ( bajet ada yang baca je)

Itu kisah 3 minggu yang lepas, ini kisah dua minggu yang lepas pula, kali ni aku dan dua buah bas dari UiAM dengan memegang nama kelab Comrade dan Jasa bergabung tenaga mengadakan Family Day di Kg Susu, Cameron Highlands.

Kg yang sentiasa menjadi kegilaan ahli comrade kerana suasana kampungnya yang bersih serta penduduknya yang peramah dan pemurah. Kampung yang mempunyai 42 buah rumah yang di ketuai oleh Tok Batin Shamsul serta mempunyai jumlah penduduk mencecah 300 orang termasuk kanak kanak.

Sebenarnya, Kg Susu ini akan di pindahkan ke  Pos Telanok kerana kawasan Kg Susu yang sekarang akan di jadikan empangan. Dari mula saya masuk Kg Susu sekitar tahun 2008 hingga kini mereka tak pindah pindah lagi malah tapak rumah di Pos Telanok pun belum ada. Apabila di tanya bila akan di pindahkan mereka hanya menggeleng dan sedikit mengeluh kerana tidak tahu bila akan berpindah. Sabar ya amek dan abe. :) Apapun aku suka rumah buluh dari rumah batu. Tak pindah pun tak mengapa. HEHE.

Untuk sampai ke Kg Susu, pelajar UiaM perlu berjalan sejauh 1km. Bukan jalan yang bertar tetapi jalan tanah merah dengan permukaan jalan yang tidak rata. Bayangkanlah malam malam berjalan tanpa cahaya dengan membawa beg dan barang barang keperluan program dan alhamdulillah, penduduk kampung naik memberi pertolongan. Maka mudahlah sedikit kerja kami semua.

Teringat kisah dulu kala, Tok Batin Shamsul pernah cakap, ketika itu beliau belum menjadi Tok Batin, anak UiAm datang je mesti hujan turun, kami semua terkedu. Uhmm kenangan. Kena kejar dengan lembu masa Porgram Mahabbah di Kg Susu. Beraya di Kg Susu dan  banyak lagi lah,tak terhitung dan tak tercerita. Nak merasai bestnya kampung Susu, kenalah pergi sendiri. :) pasti tidak akan menyesal..

image

Ha,itu sahajalah kisah aku dan kampung orang asli yang sempat aku pergi bersama kawan kawan.
Ada kisah ke Kg Kinkong Gua Musang plak. Yang tu aku tulis minggu depan lah.

Sekian sahaja dari aku. :)

Curhat 2: Warna warni Suka duka

Salam alaik,

Apa khabar? Alhamdulillah. Pasti hidup korang bewarna warni dengan pelbagai ujian dan nikmat yang Allah kurnia. :)

Mari senyum dan bersyukur dengan ujian dan nikmat Allah. ia manis bila di kenang kenang kan?

Hidup saya dikelilingi dengan keindahan. Semalam mendengar khabar duka. Ia indah kerana yang menerima ujian itu bukan calang calang orang. Hati getir, namun bibir masih hebat berkata kata secara rasional. Sudah pasti Allah meletakkan ujian padanya kerana dia mampu menerima ujian tersebut. Saya yakin dia akan terus tabah. chayyok kak. moga tabah, saya sentiasa mendoakan kebahagian akak. ;-)

Hidup saya di kelilingi dengan rezeki yang berlebih. Tadi, dengan menggunakan baucer buku dari kerajaan. Saya menhabiskan hampir RM 100 untuk membeli buku. Moga saya di beri kesempatan untuk menghadam semua buku buku tersebut meskipun kecewa dua buah buku yang sudah lama saya cari kehabisan stok. Ada lagi seratus. Moga saya betul betul memanfaatkan rezeki yang Allah beri ini.

image

Hidup saya sentiasa di kelilingi suka dan duka dan ia tetap manis untuk saya terima. :) Kelakar mengenangkan seorang sahabat saya tersalah faham dengan cerita di sampaikan padanya. Kesannya dia berjauhan dengan saya. Kebenaran sentiasa tersingkap dan saya redha menerima cerita itu.  Kesan dari bersahabat dengan orang yang positif, hidup saya menjadi positif. Insyaallah.

Bahagianya hidup saya. :) Moga Allah sentiasa dekat di hati saya, berubah menjadi lebih baik.

Alhamdulillah. :)

Curhat 1: Fitrah

Salam alaik,

Alhamdulillah,tiada kata yang lebih tepat untuk saya lafazkan selain bersyukur kepada Ilahi atas nikmat dan hikmat yang Dia kurniakan meskipun pelbagai rasa di uji sepanjang berada di bumi berlumpur ini.

Hati manusia, terkadang mahu mengeluh, menangis, meraung dan mengadu namun keadaan sekeliling tidak mengizinkan ia berlaku. Maka hati perlu kental, diri menjadi tabah atau lebih tepat berlakon kuat lalu mulut manis tersenyum tanpa terserlah garis garis kelukaan.

image

Fitrah menjadi seorang wanita, sehebat manapun ia di depan sejuta manusia, dia tetap perlu mencari tempat duduknya tulang rusuk kiri itu.

Fitrah menjadi seorang wanita, sekuat mana dia di depan semua manusia, dia punya hati yang rapuh,mudah ranap dan cepat terluka.

Fitrah menjadi seorang wanita, dia perlu tempat mengadu.

Fitrah menjadi seorang wanita, perlu di jaga.

Fitrah menjadi wanita, sejauh mana pun ia pergi akhirnya ia perlu kembali di sisi yang Allah sudah tetap untuk bersama.

Yakinlah dengan Allah.

Wallahu a’alam.

Monolog Hati: Menjadi yang terbaik

Salam alaik,

Eheem, sejak dua tiga hari ni perasaan saya memang agak tak menentu, mudah tersentuh dan menangis, barangkali sedar dengan kekurangan diri yang makin lama makin nampak.

Bukan mudah mahu memotivasikan diri. Sahabat adalah insan yang paling terdekat memberi semangat. Alquran menjadi teman pengubat.

Sekarang, saya mahu menggunakan kesempatan yang lapang ini untuk berbakti sepenuhnya. Moga Allah merahmati saya. :)