Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Assalamualaikum..

lorh nampak gayanya ramadhan yang kita semua rindui akan kunjung tiba tidak lama lagi..bagaimana persediaan teman2 sekalian..??? ana alhamdulillah everything semuanya di bawah kawalan..hehehe!!

Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah “kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur“.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya.

semalam semasa ana explore internet..ana ada terbaca satu sentence yang buat ana rasa ana patut lakukan apa yang ada sentence tuh..

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya; * Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

oleh itu..pada ibu dan ayah ana..ampunkan segala dosa anakmu ini..redhakanlah segalanya..halalkan makan minum anakanda..dan doakan anakanda mendapat berkat di dunia dan di akhirat..

pada teman-teman ana di kuis..di iic juga dan di uia..kemaafan di pohon atas segala kesalahan yang ana telah lakukan…kadang kala kesalahannya mungkin sekecil zarah..tapi apakan daya ana…kesalahan yang kecil itu jualah yang ana selalu lakukan pda kalian semua..

tidak lupa juga..pada warga2 team mestica fanz club..rasanya ana banyak mengguriskan hati teman-teman di sana.. teman-teman yang selalu berhubung di freindster..semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga..

salam ramadhan dari ana..semoga kita di bawah berkatillah..

***************************************************************************

~ by Ns on September 9, 2007.

Leave a Reply