merentasi masa..

Assalamualaikum..

seminggu tanpa pamitan di blog ku..waaaa sungguh bz dengan perkara yang entah apa-apa…btw banyak yang berlaku..

belajar memahami perasaan orang lain adalah perkara pertama dalam minggu ini yang aku cuba fahami..dan kalau boleh bialah berterusan..

sebabnya?

orang sekelilingku seperti tidak memahami keadaanku yang serba tidak tahu dan daif dalam matapelajaran akaun dan statistik..>> test aku dapat 9/10 tapi orang len dapat full mark.!

orang di sekelilingku seperti aneh bila aku berkata tentang sahabat dan ukhwah. Aku sahaja yang tertunggu-tunggu, tapi orang lain seperti tidak pernah ingat tentang kewujudan aku yang jauh dari mereka sehingga aku terkandas di bumi Kuala Lumpur tanpa arah tuju. Atau aku ini cepat sahaja berkecil hati.?

orang di sekelilingku menganggap harga sebuah sahabat yang aku hadiahkan hanya rm5

salah aku atau siapa??? kerana itu aku sungguh ingin belajar tentang memahami orang lain…kerana orang seperti tidak memahamiku lagi..

atau aku ini tamak dengan kasih sayang sahabat-sahabat??

dalam merentasi masa untuk aku dewasa sesungguhnya banyak yang perlu aku gadai… 

 

 

~ by Ns on February 8, 2008.

Leave a Reply