sabar yah
Sabar Yah..
Dua perkataan yang menyebabkan saya tersenyum sendiri tatkala hampir kehilangan kesabaran dek kerana empat jam saya perlu menunggu cikgu memandu saya menghabiskan kelasnya dengan anak murid yang lain..Satu masa yang agak lama dan saya berdoa supaya sentiasa bersabar dalam saat-saat begini..
tak bisakah saya menunggu hanya untuk empat jam supaya saya mendapat ganjaran dariNya nanti? sungguh menunggu itu sesuatu perkara yang sangat memeritkan, lebih-lebih lagi bila di bawah kepanasan terik mentari..kalian sanggup?? saya hampir menyerah dan mahu membatalkan kelas hari ini..
tetapi..
dua perkataan ini yang menyelamatkan saya..sabar yah..
lagipun, orang yang sabar di sayangi Allah…







