ayah…selamat hari bapa.

ayah,

hari ni hari bapa..
tapi kak chik diam je tak cakap apa-apa..
cuma pagi tadi kak chik belikan ayah sepasang selipar..
tapi kak chik diam bila ayah tanya untuk apa…
nak cakap sayang kat ayah…
kak chik malu..
dari kecik hingga besar, mane pernah kak chik cakap kak chik sayang ayah..
tapi kak chik tahu..
ayah tahu kak chik sayang ayah..

susah payah ayah besarkan kak chik yang degil ni
dalam adik beradik, kak chik yang paling keras kepala…
yang selalu tak dengar kata ni
yang suka sangat melawan hentak-hentak kaki
kalau apa yang kak chik nak tak dapat…

ayah ingat tak lagi bila kak chik mintak roti canai..
ayah x dapat belikan..
seharian kak chik x makan melainkan makanan tu roti canai..
esok, pagi-pagi lagi ayah dah pergi beli roti canai suh kak chik makan..
masa tu umur kak chik 6 tahun..
anak ayah ni degil kan…
tapi ayah tetap sayang kak chik lebih dari ayah sayang kakak n adik..

ayah..
dari kak chik kecil
ayah didik kak chik
sampai kak chik cemerlang dalam upsr
kemudian pmr lepas tu spm..
sekarang kak chik dah nak habis belajar dah pun..
tapi ayah suruh kak chik sambung lagi
walaupun ayah dah tua dan susah dah nak bekerja..

walaupun ayah garang, tapi kak chik tahu
ayah sebenarnya baik..
ayah suka buat lawak hingga kak chik sakit perut ketawakan ayah..
ayah suka bergurau dengan mak..
sampai kadang2 mak nangis sebab kena usik dengan ayah…

ayah…
walaupun berpuluh kata kak chik karangkan…
tetap tak berjaya nak menandingi kasih sayang ayah pada kak chik..
ayah adalah segalanya..
tiada orang lain yang dapat mengantikan ayah dalam hidup kak chik…

ayah..
kak chik sayang ayah…sampai syurga…
terima kasih kerana sudi penuhi segala kehendak kak chik…
dan melayani karenah kak chik…
luv u so much ayah…

~ by Ns on June 12, 2009.

Leave a Reply