Pejuang!
bismillah..
rutin harian tidaklah terlalu busy namun kepenatan kerana terpaksa menggunakan kudrat mental untuk melayani karenah budak-budak yang agak tak cukup di ajar di sekolah di mana tempat ayah saya memegang tender kantin dan koperasi. Alhamdulillah untuk setakat hari ini saya masih normal dan tidak sakit jiwa sehingga terpaksa di hantar ke Tanjung Rambutan.
itu pada sebelah pagi, saya dan bersama seorang lagi sister berganding bahu untuk menguruskan koperasi yang luasnya sebesar bilik darjah. Melayani karenah budak-budak di sana ketika mereka datang membeli. Sebenarnya lebih kepada melayani mereka bercakap daripada mereka membeli. Sangat sakit hati tatkala mereka lebih kepada loyar buruk dan bercakap dengan tidak sopan. Barulah saya tahu kenapa ada sestengah cikgu tu sanggup naik tangan dan memukul pelajar sekolah.
ush!
dan saya terpaksa mengajar kelas tusyen untuk mereka pada sebelah petang, ini yang saya tidak mahu! TAKNAK! tapi sudah di takdirkan, saya di amanahkan untuk mendidik mereka dan mengajar mereka subjek BAHASA MELAYU. Bayangkan, mereka gagal dan hanya mendapat 6 markah sahaja untuk yang paling rendah dan 20 markah untuk yang paling tinggi, kalian boleh bayangkan atau tidak? Rasanya anak orang asli lagi bijak dari mereka ini. Huhuhu tak tahu bersyukur lansung! Geram…
Sebodoh saya di sekolah dulu, hanya subjek fizik dan kimia sahaja saya mendapat angka 20, itupun 20 dan bukan 6. Apa faktor mereka sehingga tidak mampu untuk sukses dalam mata pelajaran ibunda mereka sendiri? terdiam saya berfikir tentang perkara ini dan bagaimana saya mahu mengajar mereka untuk berjaya dalam masa hanya sebulan? saya menemui jalan buntu dan terjeruk dengan amanah yang di amanahkan.
Namun, selagi harus berjuang, berjuanglah kerana kita ada darah sebagai seorang perjuang! kata teman saya di indonesia ketika saya mengadu masalah saya ini.





salam..
pertamanya terima kasih atas ucapan di sebelah kanan tu..hehe
keduanya, wah, irah banyak bekerja ya, bila gaji pertama dapat? hehe
ketiganya, berkenaan isu Bahasa Melayu itu, kita sendiri boleh nampak kan kesannya sekiranya benar Bahasa Inggeris digunakan untuk dua subjek Sains dan Matematik tu diteruskan lagi, membawa keburukan kepada anak-anak murid awak tu.. wuwu~
keempatnya, diantara sebab akak tidak mahu bergelar guru, ialah akak takut akak mengamuk dalam kelas jugak, haha~ lebih sanggup dihantar mengajar di pedalaman berbanding di bandar, wuwu~
yang pertama
huhu sama2 kasih!!! =)
yang kedua
gaji pertama??
x sure.. paham2lah kalau bekerja dgn ayah sendirik..
gajinya mungkin boleh jadi bayaran kepada lesen kereta dan motor..dan boleh jadi kepada bayaran tiket bas..
hehehe siapa x knal ayah irah yg hensem lagi kacak bergaya…
hahahahh
irah saja yang mengenalinya lebih dari manikan mengenal jauharinya.. =p
gaji sebagai cikgu tusyen pon mungkin lambat dapat..cuma gaji dari MARA, ontime masuk lam akaun..huhuhuh.
so akk nak suh irah blanje akk guna gaji mana satu??????? =p
yang ketiga
itulah kak..rupanya mengajar orang kita sendirik lagi susah dari mengajar orang asli.. yg pasti anak2 asli tidak akan kurang ajar dengan irah…huhu…
kalau dgn anak melayu??
mmg melayu mudah lupaaaaaa…………..!!!
kerajaan!!!! tolong fikirkan balik dengan semasak2nya ttg penggunaan bhs inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik..kasihanilah anak bangsamu ini..
dan kasihanilah anak2 asli di ceruk hutan sanaaaaaa…………….!!!!
urm…seteruk mane pon mereka…sume tuh budak2 lagi irah…
xelok kalo merungut smpai camtuh skali…tuhan nk uji kesabaran tuh..
Kanak2 nih makhluk yang chumeiiiiii….
how could u have the heart to hate em?? even in their bad behaviour?
treat em well..InsyaAllah they’ll soon treat u da same..
Selamat berjaye cikguu….haha
lupa nak bgtahu kat ko yg kanak-kanak yg ko cakap tu sbnrnya dah leh jadi bapak budak dah pon..
=p
derang nak ambik exam spm bulan 12 ni tp still failed BAHASA MELAYU.ko xnak aku marah??
hehehehe..
tp btul ugak ko cakap.. xkanlah aku nak merungut cam tuh skali..uhuhuhu
astaghfirullah….