Sg Rual Jeli..
Bismilllah..
pejam celik pejam celik, esok sudah tiba masanya kami budak-budak comrade berangkat ke perkampungan orang asli Sg Rual, Jeli. Hati tetap berdebar, malah makin hebat debarannya tidak sama seperti saya memasuki kampung Pelantok dua bulan yang lepas.
Kali kedua saya masuk dengan pengalaman yang berbeza. Di beri tugas yang agak berat, saya sedang cuba untuk menghilangkan debaran, seoleh-oleh saya belum bersedia menghadapi semua ini pada keesokan hari. Kali kedua juga berkhidmat untuk penduduk di sana tidak semestinya saya tahu segalanya, cuma niat di hati selaras dengan cita-cita saya sebagai seorang muslim yang mengejar keredhaan Allah swt.
Doakan saya selamat pergi dan balik.
Nantikan cerita penuh saya selepas pualng dari Kg, saya bercuti selama seminggu..





Leave a Reply