menunggu
sesambil menunggu ayah saya datang ambil saya di rumah untuk ke tempat kerja.
akhirnya malam ini saya akan meninggalkan kelantan untuk seketika, bila saya akan pulang lagi biar Allah sahaja yang tentukan. erk~!! gaya macam tak nak balik je. Hehehe =p actually 2 bulan saya di rumah bukanlah sesuatu yang membosankan. Hari-hari saya di penuhi dengan kerja yang berfaedah, dari pagi hinggalah ke malam. Tiada satu saat pun untuk saya enjoy keluar berlibur dengan teman-teman.
Rindu akan suasana keluar bersama kawan menyebabkan saya tidak sabar untuk pulang ke Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi saya sanggup mesej Datuk Razak meminta supaya hujung minggu ini saya boleh masuk ke kampung. Alhamdulillah permintaan saya di sambut baik oleh beliau. Rezeki datang mencurah-curah, minggu depan saya akan ke Kg Husin, ada satu misi yang akan di selesaikan. Alalala macam FBI da.
Tapi saya juga akan merindui suasana sekarang, bangun pagi-pagi menunggu ayah datang ambil kemudia ke sekolah seperti seorang guru, padahal saya hanya membantu ayah saya di sebuah koperasi sekolah sahaja. Sebelah petangnya barulah saya seperti seorang guru yang tidak di sukai anak muridnya. Sebabnya saya sangat garang dengan mereka. Malamnya pula saya mengajar iqra. Begitulah jadual saya..
okeyh.. tak sempat nak habiskan entry ni..
ayah dah datang~!!!
bye…







