My Journal~!! Sg Rual, Jeli.

salam alaik..

ahaaii~!! dah rasa ada mood nak update blog dah, tapi tak tahu panjang mana sebabnya internet asyik putus-putus dan cerita transformer sangat tak best. Malam ini sungguh bosan, tapi tak mengapa kerana facebook menceriakan saya dan farm town tidak akan membosankan saya. hehehe~!!

okey sebenarnya nak cerita pasal program masuk kampung, korang nak cerita yang mana dulu? dengan comrade atau dengan abim? bagi saya kedua-duanya sama sahaja cuma dengan orang yang berlainan dan tempat yang berlainan. Memandangkan saya pergi ke program comrade dahulu so saya cerita pasal program comrade dulu, esok saya update pasal program dengan abim pula. ok?

adik2 ceria bersama kami biro  modul~!

adik2 ceria bersama kami biro modul~!

berinteraksi dengan adik-adik..

berinteraksi dengan adik-adik..

adik2 riang beriadah bersama kami..

adik2 riang beriadah bersama kami..

Program bersama dengan budak-budak comrade ini di namakan program IPTA yang start pada 29 Jun dan berakhir 5 Julai. Kali ni saya di tugaskan memegang biro modul. Agak menyeksakan hati juga kerana saya terpaksa bekerja di Kelantan bersendirian dek kerana ketika itu saya masih dalam mood cuti. Tapi tak mengapa, Isma banyak menolong dan senior-senior comrade banyak membantu.

Akhirnya tiba hari di tunggu2, saya bertolak dari UIA walaupun masa tu saya boleh sahaja untuk bertolak dari Kelantan. Ini semua kerana terasa diri di beri amanah yang belum melaksanakan amanah tersebut. Kali ini saya sedikit beruntung kerana dapat naik truck so saya dah jadi geng truck..hip hip hureey~!! =p

Perjalanan dan rentetan yang terjadi untuk kanak-kanak orang asli terletak pada biro Modul, kredit untuk Dudu, Keme, Sarah, Wajhi, Irfan,Jannah, Mas, Muaz kerana bersama-sama memeriahkan suasana bersama dengan adik-adik. Alhamdulillah objektif yang saya sendiri create tercapai walaupun kanak-kanak banyak bersama dengan budak-budak petrosains.

Mahu cerita yang lebih menarik tentang Sg Rual, sila klik blog ini >> Pokma

@: lagi gambar akan di upload.. =)

~ by Ns on July 20, 2009.

Leave a Reply