Perjalanan Syahadah Ke Kg Husin dan Kg Pelantok
Bismillah..

adik2 kt kg Husin~!
Alhamdulillah, dengan pemberian rezeki dariNya, saya dapat ke Kg Husin untuk kedua kalinya,pertama kali saya ke sana ketika saya baru mengenal comrade iaitu raya Haji tahun lepas dan selepas itu saya hanya mendengar sahaja nama Husin meniti dari mulut ke mulut.
Hari sabtu 4 pagi, ketika insan lain sedang enak di buai mimpi Pulau Jeju, tiga buah kereta WSK, WLV dan 6446 bergerak laju menyusur jalanan meredah kepekatan malam menuju ke Perak. Perjalanan kereta 6446 sungguh laju dan kami bertemu semula di Tapah, tempat pengumpulan manusia-manusia yang berhenti menghilangkan penat. Perjalanan di teruskan, kami exit di Tol Ipoh Selatan. Akhirnya sampai di Kg Kenang awal pagi menunggu kereta lain tiba.
Debaran di dada semakin hebat bila melihat WSK meluncur laju menyusur bukit-bukit untuk ke Kg Husin, hati berdebar, bukan tidak percaya akan kebolehan tuan empunya kereta 6446 cuma bukit di sana sungguh curam dan tinggi. WSK berjaya naik ke KG Husin dengan hebatnya tetapi 6446 tersangkut dua kali di pertengahan jalan. Namun itu bukan bermakna kami tidak hebat, cuma kami mencipta satu ruangan untuk di jadikan kenangan. Biar ia jadi kenangan antara kami supaya di lain hari kami akan tergelak mengingati kenangan manis itu. WLV naik ke Kg Husin tanpa sebarang masalah, mungkin pemandunya berpengalaman lebih dalam bab-bab bawa kereta naik bukit walaupun ia hanyalah sebuah kancil.
Tiba di Kg Husin kami berdiskas serba sedikit tentang perjalanan program di Kg Husin, Alhamdulillah kami berjaya mengadakan modul bersama dengan adik-adik, bermain bola dengan adik-adik, beriadah ke dalam hutan dengan abe dan adik-adik dan mengadakan sedikit sukaneka dengan penduduk kg Husin. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan mudah tanpa sebarang masalah yang rumit. Penerimaan orang kg juga sangat bagus.
Satu perjalanan yang tak akan saya lupakan ialah menujut ke ‘Syurga Dunia’, mungkin saya tak pernah melihat keindahan air terjun yang cntik sebelum ini maka saya labelkan air terjun di Kg Husin adalah air terjun yang cantik. Melihat buaya buaya terjun ke dalam sungai saya seperti mahu ikut terjun. SERONOK dan TERUJA, walaupun sepanjang perjalanan saya ke sana sgt penat dan panas. Takut pacat pun ya jugak. =) hehehe~!!
Perjalanan balik dari air terjun saya beberapa kali pancit, mungkin masa pergi tadi saya menurun dan kali ini menail, mahunya saya tak semput di pertengahan jalan. TErjumpa ulat gonggok sebesar lengan menyebabkan setiap kali saya terpejam mata saya mengingati ulat tersebut. waaaa ngeri~!! macam macam binatang dan serangga saya jumpa yang sebesar alam. Macam terjatuh dalam satu tempat yang penuh dengan binatang raksasa..
Selesai untuk cerita di Kg Husin.
Esoknya selepas sukaneka bersama penduduk kg kami bersiap sedia untuk turun ke Kg Pelantok, pada awalnya kami bercadang untuk ke Sg Ruil dek kerana paginya hujan lebat dan takut jalan ke Kg Pelantok ada tanah runtuh, tapi Allah mempermudahkan jalan kami. Alhamdulillah perjalanan lancar, kami tiba di Pelantok. Sepanjang perjalanan kami terperasan satu perubahan di tepi kiri dan kanan jalan, wah sudah ada tiang-tiang elektrik. Alhamdulillah selepas berpuluh-puluh tahun, Pelantok akan ada elektrik~!! Lepas ni PElantok akan cerah dengan cahaya lampu.
Nota dari Keluarga angkat untuk adik beradik angkat saya.
Adik Syakilla, anak kepada bapak hendry dapat no 6 dalam peperiksaan dia baru -baru ini, alhamdulillahh.
Ayak Andak, mak Kak Laila, masuk hospital sebab sakit dan di hantar ke Kg Jalong untuk berubat.
Amek Normah tidak berapa sihat kerana terjatuh dari kereta. Lengannya cedera teruk dan di beri cuti selama beberapa minggu.
Amek wati, alhamdulillah sudah sembuh sepenuhnya dari kesakitan gigitan ular.
Amek Satinah sampaikan salam rindu muaaahh~!!! pada anak-anak angkatnya.
Overall mereka di bawah kondisi sihat sihat dan gumbira.
Perjalanan seterusnya kami ke rumah Pak CIk Mat, ziarah kerana dia diam tanpa khabar berita, takut-taku tak sihat. Rupanya beliau dah ada cucu, nama cucu beliau ialah Ahmad Shah Jibril. Cantik namanya. =) Dia sampaikan salam pada semua yang mengenali dia, nanti dia akan muncul kembali.
Tiba di Kuala Lumpur tepat jam 10 malam, berkumpul di tangga besar kemudian di hantar ke bilik masing2~!
nota hati dari kak pijan
* perjuangan yang tak penah kan sudah, moga ianya menjadi titik permulaan kepada kalian untuk bergerak tanpa “approval letter”… Teruskan menyambung ukhwah yang telah terbina sejak zaman superb senior (thanks to them). Without them, kita mungkin tak sampai ke Kg husin dan Pelantok, without them, kita mungkin tak dapat nikmat kasih sayang ini. Allah dah jadikan mereka pemula untuk dakwah kita di sana, kita pula bertanggungjawab menyambungnya…
Nota hati saya
“Jiwa tak akan berhenti untuk terus berjuang kerana dalam perjuangan tidak mungkin ada istilah berhenti atau resign mahupun ‘merajuk’, cuma kadangkala diri lelah dan penat untuk terus berjalan dek kerana kekeringan idea, maka berhentilah ia seketika cuba mencari jalan supaya jalan perjuangannya selepas ini lebih ummph dan hebat.”
Saya tak akan pernah akan punyai ‘approvel letter’ dari uia melainkan ‘approvel letter’ dari Dia”





jaa lama join program tanpa approval letter.huhu
oh eh?? k..
[...] lanjut boleh ziarahi blog Irah dan kak [...]
Seminggu Selonggok « Travelog Seorang Raihan said this on July 29, 2009 at 12:51 pm |
Assalamu’alaikum,
apo cerita keluarga angkat den.. harapnya mereka sehat. Tunggula anak den dah besau sikit. Den ajak panjat itu kaki gunung korbu.