Program Nur Of Ramadhan

Bismillah..

Salam kasih sayang buat sahabat-sahabat yang di rindui dan juga sahabat yang baru saya kenali.

banner NOR bebaru

Alhamdulillah, walaupun dalam kesakitan usus yang berbelit dengan ginjal, saya gagah jua menghabiskan program Nur of Ramadhan anjuran kawan-kawan dari society Titian Asli Uia. Terima kasih atas jemputan sahabat seperjuangan, Kak Aishah sebab seminggu yang lalu dia ada mengkhabarkan program ini dan saya memberi keputusan di saat akhir untuk menyertai program ini.

Dan ni kali pertama saya masuk ke Kg Songkok dan pertama kali saya join society lain.

Sedikit latar belakang tentang masyarakat Orang Asli kampong Songkok ini adalah berasal dari suku kaum Temuan. Hasil sumber hutan masih merupakan punca pendapatan utama yang terdiri daripada buluh, petai di samping jualan buah durian sebagai pendapatan sampingan. Kampung ini mempunyai 13 buah rumah sahaja yang didiami oleh 70 orang penduduk yang beragama Islam dan Anamisme. Masalah utama masyarakat Orang Asli di sini ialah kedaifan dari segi infrastruktur seperti tiada bekalan elektrik, bekalan air bersih dan juga keciciran dari segi pelajaran bagi anak-anak masyarakat Orang Asli.

(sila betulkan info ni kalau salah k.)

Antara aktiviti yang kami lakukan di sana

- Majlis berbuka puasa dan bersembahyang terawih bersama-sama dengan penduduk kg.

- Sahur bersama penduduk kg

- Sukaneka bersama penduduk kg

- Mandi sungai bersama adik-adik

- Mengajar iqra

Dan beberapa lagi aktivit yang kami lakukan untuk menarik perhatian penduduk kg di sana. Alhamdulillah, adik-adik di sana sangat menghargai kedatangan kami dan sudah pasti saya akan merinduiĀ  mereka.

Amek-amek di sana juga sangat baik hati dan melayani saya dengan sangat baik bila saya meminta untuk menumpang tandas dan sebagainya.

Akhir kata, tapi bukan akhir kalam..

Saya mengharapkan sesuatu dari program ini. semoga saya masih berkesempatan untuk ke sana dan menjenguk adik-adik di sana, saya sangat mengharapkan adik-adik di sana akan belajar dan menjadi manusia yang berguna untuk agama dan negara. Buat sahabat baru saya di Titian Asli, mohon maaf atas segala kekurangan diri saya. yang buruk itu dari kelemahan saya dan yang baik itu pastinya dari Allah swt.

Cerita tentang kg ini mungkin akan di update di Blog ini Sister Nazirah..sila check dari masa ke semasa jika ingin mengetahui lebih lanjut entang perjalanan program ini.

P/s: gambar, macam biasa.. akan di upload lambat-lambat.. =)

~ by Ns on September 6, 2009.

2 Responses to “Program Nur Of Ramadhan”

  1. salam…sabariah rupanya…sory, tak tau pun ramai rupanya yang memulas hari tu…hehehe.anggaplah pengalaman manis ekkkk.Thanks coz mengglamorkan nama zie…hehehehe.insyaAllah lain kali join la lagi ye…

  2. salam..ye saya :)
    memang manis pengalaman yg Allah beri..
    sampai bertemu lgi nnt…

Leave a Reply