Salam alaik,
Sihat semua?
Saya sihat, bertambah gemuk dan bertambah bahagia. Alhamdulillah. Nikmat dari Allah.
Minggu lepas bersamaan dengan 23-26 Disember 2011, saya bersama-sama dengan Yayasan Al-Khalifah, Muhammadiyah International Malaysia dan Muhammadiyah International Thailand, Prihatin Malaysia dan kelab 4×4 Perlis telah berjaya ke Pos Dakoh Balar untuk melaksanakan Misi Dakwah Monsun Trail bersempena dengan sambutan Hari Krismas. Tujuan misi ini di laksanakan adalah untuk memberi bantuan makanan kepada penduduk kampung orang asli Pos Balar dan sudah pasti bertujuan untuk melakukan beberapa modul tentang fardhu ain dan modul bersama adik-adik.
Perjalanan yang sebenar untuk sampai ke Pos Balar adalah 3 hingga 4 jam sahaja, memandangkan masa kami pergi adalah musim tengkujuh maka perjalanan menjadi lebih mencabar dengan hujan sepanjang hari dan hampir mengambil masa 2 hari. Jadi, masa kami bersama penduduk kampung Pos Balar hanya sehari sahaja. Oleh itu, modul fadhu ain dan modul bersama adik-adik tidak dapat di jalankan. Hanya bantuan makanan berupa minyak, gula, susu, ikan bilis dan beberapa lagi bahan asas sahaja yang dapat kami agihkan kepada penduduk kg di Pos Balar.
Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan ujian sepanjang perjalanan untuk sampai ke Pos Balar dan pulang semula, akhirnya kami selamat sampai walaupun perjalanan balik kami telah mengambil keputusan untuk bergerak non stop selama 16 jam. Subhanallah, Allah memakbulkan doa kami semua, sempat saya mengangkat tangan berdoa supaya Allah tidak menurunkan hujan dan alhamdulillah, kuasa Allah terbukti.
Manis, itu sahaja yang dapat saya katakan, betapa manisnya bila kami dapat bersabar dan redha dengan setiap perancangan yang Allah sudah aturkan pada kami. Betapa kentalnya semangat kami semua untuk sampai walaupun pelbagai cabaran datang menjengah. Moga yang manis ini Allah terima, moga yang manis ini dapat mengekalkan semangat kami untuk terus berjuang. Moga yang manis ini menjadi kenangan untuk anak cucu cicit kami nanti. Moga yang manis ini sentiasa di kenang sebagai satu ibadah untuk di masukkan ke syurga nanti. Amiiin..
Pos Dakoh Balar, nanti kami akan sampai lagi…InsyaAllah.
Spiderman
Bumblebee
IP Man
Badang..
Kamilah JUARA!!
Bantuan makanan untuk penduduk.
Cak Raya bersama penduduk kg Dakoh
Kreatif
Bantuan makanan
Ainul Mardhiah
Kami Pos Dakoh…… hehe.. Jumpa lagi…
Lagu tema Mokhtar dan Abg Azmarul
Selagi Ada by Pak Long
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. (Lafaz riwayat Muslim)
p/s: Kredit to Azhar Mohamad di atas gambar2 yang telah saya kidnap.











wah bes nye.. nanti bwk sy ke sana len kali tau kak.. huhu..
akaaaaak!!saya rindu gle nak masuk kg orang asli…! :’(
nani : cuti sem bila? meh la ikut akk pergi rual.. kelantan.