Count up @ Kg Teji

Salam alaik,

Sihat semua? Alhamdulillah saya sihat. Doakan korang pun sihat sokmo. Pejam celik pejam celik kita dah pun berada pada tahun 2012. Selamat tahun baru semua. :) Semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun lepas. Yang merancang nak berkahwin tu, selamat berkahwin. Untungla korang dah nak kahwin. Hehe… Tahun baru kali ini saya meluangkan cuti tahun baru di Kg Teji, Cameron Hinglands, Pahang.

Alhamdulillah, perancangan Allah sebaik-baiknya. Pada asalnya kami mahu ke Kg Susu tetapi ada beberapa masalah yang telah berlaku dan kami anggap itu sebagai ujian, maka sampailah kami ke Kg Teji, jiran Kg Susu. Perjalanan biasa melalui Bentong, Raub dan Koyan tanpa sesat adalah sekitar 3-4 jam sahaja tetapi oleh kerana kami (baca : nik sabariah ) sesat hingga ke laluan Karak, masuk ke Kg Chinta Manis dan mengambil jalan alternatif maka masa perjalanan menjadi 5 jam…

Macam lalu misteri jalan lama je. Agak ngeri dan seram juga lah. Kiri kanan ladang getah, lepas tu boleh jumpa pula lembu berhimpun beberapa kelompok dan kena tahan polis sebab terlupa nak rendahkan lampu.  ( Terkenang pula gelagat co pilot dan penumpang kereta aku :p) Gara-gara saya yang pandu. Kalut!

Sepanjang berada di sana sempatlah saya menziarahkan diri ke setiap buah rumah bermula dari rumah Abe Yatim hinggalah ke rumah Amek Alimi bermodalkan gambar kahwin Isma dan Herman. Alhamdulillah sambil-sambil tunjuk gambar, saya refresh balik ingatan amek-amek macam mana baca al fatihah sambil mengambil seulas dua durian membawa ke dalam mulut. Hahaha… Rezeki saya, setiap rumah di hidangkan durian. Alhamdulillah. Nikmat dunia untuk saya.

Selain dari tu, kami cuma bersolat jemaah di rumah Abe Zabidi dan Abe Zubir sahaja memandangkan ketika itu orang kampung sedang berpantang kerana ada kematian sebulan lalu. Pada asalnya kami mahu berkumpul dan mahu  mengadakan sedikit modul tetapi kuasa Allah adalah sebaiknya. Hujan turun dengan lebat bersama beberapa dentuman buah durian. Heh. Pada sebelah malamnya, orang kampung pergi bersewang menandakan pantang mereka akan berakhir.

Program ziarah kali ini memang best kerana kami pergi dalam keadaan santai dan sempat juga kami ke Kg Abu dan Senangkar. Ala-ala balik kampung ziarah mah ayah yang dah lama tak bertemu mata. Seronok okey~! Orang kampung pun seronok menerima ketibaan kami (confuse kejap, seronok ke?)

Terima kasih khusus untuk Abg Ashraf, Kak Tikah, Che Da, Jali, Wiena, Fatimah dan si cilik comel Aufa dan Ashikin kerana berganding bahu menjayakan trip teji kali ini. Korang memang sporting. Buat kerja last minit rupanya meninggalkan kesan yang agak jauh di dalam hati. Tanpa korang program yang pada mulanya mahu di batalkan pasti tidak akan berjaya. Walaupun nampak kecil tetapi semoga Allah menerima usaha kecil kita ini. Terima kasih juga untuk Fadli, Anas, Fakar ( Presiden Comrade tenure 2012) dan Aznan kerana sudi datang memantau program kami. Korang memang kelakar. Heh~! :p

Semoga kita masih di beri kesempatan untuk menziarah Kg Teji di masa akan datang. Masih di beri secebis masa dan wang untuk sama-sama turun membesarkan usaha kecil ini agar mereka tidak terus di tinggalkan oleh arus perkembangan modenisasi. InsyaAllah. Yang paling penting. Niat. ;) Wallhua’lam.

Amek Suraya dan cucu barunya Sunil Syamil khusyuk tengok pic kahwin Herman dan Isma bersama kanal-kanak yang lain

Musim durian.. Separuh dah gugur separuh lagi minggu ni. :)

p/s: Gambar telah di kidnap dari facebook Wiena Shasha. Terima kasih.

2 comments on “Count up @ Kg Teji

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s