Program Fardhu Ain dan Ihya Ramadhan dari 7 Ogos hingga 9 Ogos,14 ogos hingga 16 ogos dan 21 ogos hingga 23 ogos.
Jom kita menaip, di mulakan dengan Bismillahhirahmaanirrahim, Allah yang maha pemurah lagi Maha mengasihani…
Subhanallah..

=) program fardhu ain..
Harap sangat kali ni dapat habiskan entry ni, entry yang biasa-biasa tentang program hebat yang budak Comrade dah lakukan. Bermula pada 7 Ogos hingga 9 Ogos di ikuti minggu berikutnya sehinggalah habisnya prgram ini iaitu minggu lepas. Di adakan hanya pada hujung minggu sahaja. Program ini di kenali program fardhu ain Kg Teji dan Kg Abu.
Saya di beri kesempatan daripada Allah untuk merealisasikan impian saya untuk bermalam di Kg Teji, terima kasih Kekasih, doaku dimakbulkan. Bukan untuk minggu pertama tetapi untuk ke tiga-tiga minggu. Allah yang maha Berkuasa, sudah di takdirkan saya di Kg Teji bukan di Kg Husin untuk minggu ke tiga walaupun sedikit terkilan kerana niat saya pada awalnya untuk ke Kg Husin. Tapi tak mengapa, pasti punya hikmah yang terselindung di sebalik cerita saya tidak dapat ke Kg Husin..
Banyak hikmahnya…
Antara salah satunya.. saya melihat malam pertama terawih saya di penuhi bintang di langit, di temani cahaya lilin.. dan di temani amek-amek dan abe-abe yang tidak meninggalkan solat terawih walaupun satu rakaat pun. Subhanallah, semoga mereka istiqamah dan terus beribadah walaupun tanpa kami pada bulan barakah ini. (kanvas yang beralas di bawahnya penuh dengan batu-batu kecil yang tajam, lutut saya luka, lutut mereka?? )
Ada lagi..
Solat 5 waktu mereka,
berbumbungkan langit..
bertemankan bintang..
di basahi embun..
di lukai batu2 kecil..
tapi tetap teguh di surau open air kami..
tetap istiqamah datang mengejutkan kami untuk sahur..
katanya masakan kami sedap..
kata kami masakan mereka sedap..
mereka yang sentiasa bersyukur..
mereka yang sentiasa berusaha..
mereka yang tak pernah mengeluh
mereka yang hati mulia..
mereka yang tak pernah memungkiri janji
mereka yang menyayangi kami..
mereka yang kasihkan kami..
mereka yang kagumi kami..
mereka sangat hebat..
walaupun rumah mereka selesa sedikit dari surau open air kami..
tapi surau open air kami lebih mereka gemari katanya..
dengan kami mereka kasih
dengan kami mereka sayang
apa-apa yang di lakukan dengan kami mereka rela..
sungguh mereka manusia yang di cipta hanya untuk kebaikan.
saya sayang mereka walaupun saya tak punya amek dan abe di sana..
mereka mengajar saya erti syukur..
minggu ketiga minggu yang penuh hikmah pada diri…Ada lagi yang nak di ceritakan..
Kali ini saya seperti mahu menangis melihat susuk badan seorang budak yang nampak sangat lemah, ya Allah adakah ini budak yang pernah saya timang-timang pada minggu lepas? Kenapa begini?? Hati saya tercalar bila di beritahu oleh PM yang kereta yang bertanda bulan sabit yang baru melalui kg Teji tadi tidak mahu membawa mereka ke hospital. Uhh mereka ini manusia?? sabar ya Allah..kini Sameer dah sihat dah aktif pun..terima kasih Kekasih, kau masih membenarkan dia untuk melihat dunia yang indah ini.
Saya yang punya banyak perkara untuk di cerita tetapi tidak punya banyak masa untuk mengolah bahasa untuk mudah di fahami kalian.
Hujung minggu saya yang
di temani amek-amek dan abe-abe..
yang di temani bintang dan bulan..
yang di temani cahaya lilin..
yang di temani kuali periuk dan dulang..
yang di temani gelap hitam dan pekat..
yang di temani hutan dan unggas..
yang bersusah payah menaiki bukit yang tinggi
yang termengah-mengah lambat sampai ke tepi highway..
yang ketakutan bila melihat ulat gonggok sebesar lengan (tipu!)
yang tertidur tak sedar diri untuk bangun sahur,,
yang bersyukur kerana di beri kesempatan mengenali manusia di tengah belantara..
yang bahagia kerana punya teman seperjuangan..
Ya Allah..
ini adalah nikmat yang Mu berikan..
yang tak pernah sekalipun buatku terfikir..
terima kasih Allah..
aku yang hina dina ini..
kau berikan perhatian..
sebelum nak tamatkan entry ini saya nak kongsi sikit antara aktviti yang kami lakukan di sana..
untuk minggu pertama
- mengadakan latihan dalam kumpulan, mengajar amek-amek dan abe-abe syahadah..
- mengadakan praktikal syahadah dan solat..
- abe-abe di bawa ke tepi sungai untuk belajar berwudhu..
- bercerita tentang kewujudan Allah
- sedikit tazkirah tentang agama Islam dan di sambut baik oleh orang kampung..
overall, nampak sangat okey memandangkan orang kampung sudah ada Imam, Bilal dan surau yang cantik =)
untuk minggu kedua..
- kali ni nampak meriah sikit, mengadakan modul dengan memasak bersama-sama amek sambil berborak-borak dengan
amek tentang agama, bercerita tentang bagaiman wanita perlu mandi hadas dan sebagainya.
- abe-abe pula lebih kepada mencari kayu api dan modul mereka adalah sama seperti modul untuk amek-amek.
-solat jemaah sangat mantap! Iman dan bilal di datangi khas dari penduduk kampung sendiri..
untuk minggu ketiga
- minggu umat islam mula berpuasa, alhamdulillah, amek-amek dan abe-abe datang tanpa di jemput untuk solat terawih.
- Bersahur..
- Berjemaah mengadakan gotong royong untuk memasak untuk berbuka.
- Ldk bersama orang kampung di teruskan
- Bertukar juadah sesama dua buah kampung
- Berbuka puasa bersama penduduk kampung
terlupa.. penduduk Kg Teji ke Kg Abu untuk melihat praktikal memandikan jenazah.
Ada yang kurang, harap di perbetulkan..rasanya inilah yang saya nampak sepanjang saya berada di dapur dan kadang kadang mencelah di bawah bumbung Surau Open Air kita..
Sekian.. penat dah menaip..penah juga memerah otak untuk menaip.. cerita tiga minggu saya di belantara tak mampu saya ceritakan satu persatu.. punya masa nanti. InsyaAllah saya akan cerita..
p/s: tiada gambar untuk memeriahkan lagi entry saya kali ini, kelembapan internat sangat saya kesali..
Recent Comments